Just be yourself!


Aku perasan perempuan zaman sekarang dah menjadi satu trend makeup sana-sini. Untuk apa? Untuk siapa? Kalau dah umur baru masuk alam remaja betol, just be it tak boleh ke. Ni pergi kelas belajar makeup sana-sini, keluar makan pun makeup tebal-tebal walhal. Kononnya nak jadi adult woman. Alah, macam dah nak mati tak sempat nak rasa jadi perempuan dewasa.

Kalau nak makeup tu tak salah, cuma janganlah sampai mengalahkan wanita yang dah berkejaya. Rasanya mereka tu pom taklah makeup sangat dalam seharian mereka. Makeup biasa-biasa udahlah awak, biar ada rupa perempuan remaja. Kalau nak kelihatan lawa,unggun dan ayu tu tak salah, cuma biarlah diri sendiri tu selesa dan kena dengan umur kau. Jangan sampai pakai tu semata-mata nak cantik, tapi dalam hati tengah tahan ketidakselesaan kau.


Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai lelaki. Bagi lelaki macam akulah kan, nak pergi memana simple dan mudah-mudah aje, pakai apa yang ada, asalkan diri selesa. Pakai short, tshirt, dan kasut atau selipar jepun. Cukup dan sangat memadai buat aku. Aku tak kisahlah orang sekeliling aku tak selesa dengan aku, janji aku selesa. Fikir diri sendiri dulu baru orang lain. Kalau diorang takleh terima diri aku seadanya, nampak gayanya mereka tak ikhlas untuk berada disekeliling aku.

Untuk bakal jodoh aku, tu hanya Allah yang tahu, dan aku redha dengan siapa Dia bakal jodohkan nanti. Cuma apa yang aku mahu, dia tu biarlah seorang yang simple dahlah. Tak main permainan perempuan sekarang, yang makeup sana-sini. Yang penting mampu membahagiakan diri aku dan mampu bersama dengan aku hingga ke syurga. 

Konklusinya, just be yourself. Dari situ kau akan tahu yang mana kaca dan yang mana permata. Yang mana ikhlas dan yang mana berpura-pura. Kalau untuk kelihatan cantik untuk bakal suami nanti, biarlah dia menerima kau seadanya. Kelihatan cantik dihadapan suami, bukan dikhalyak ramai, nanti mencuri tumpuan jantan-jantan buaya. 

#Dari sini aku hulurkan maaf kalau ada yang terasa, aku cuma nyatakan pendapat dan pandangan aku sahaja. Sharing is caring. 

No comments:

Post a Comment