If music be the food of love, play on!


Selamat pagi! Jangan terkejut kalau 1:57am aku masih belum tidur macam orang lain. Untuk apa tidur awal? Sedangkan zaman persekolahan aku dah lama berlalu. Kehkeh. Pagi yang sejuk dan berangin sempoi-sempoi bahasa ni menaikkan nafsu aku untuk menambahkan entry baru untuk blog aku ni. Kali ni cerita mengenai muzik dan hidup aku :)

Aku mula meminati muzik sejak sekolah rendah lagi. Ni hasil pengaruh abang akulah! Lama kelamaan makin banyak aku tahu mengenai muzik setelah umurku semakin meningkat dari tahun ke tahun. Aku mula melihat abang aku pergi jamming di studio, tengok video je, dia tak pernah bawak aku ikut dia pergi jamming dengan kawan-kawan dia. Walhal betol! Katanya, belajar main instruments, lepas tu baru dia bawak aku. Hampeh. Sampailah 4-5 tahun perkara tu berlalu dan aku tetap tidak dapat mengikuti dia. Sadisnya. Tskk tskk.



Aku meminati pelbagai jenis muzik asalkan enak di telinga aku. Lantaklah kalau dangdut sekalipun, asalkan telinga aku layan, aku boleh follow, tak salah aku nak layan dangdutkan? Kira aku ni universal music listener's lah.

Akhir tahun 2010, selepas aku tamat peperiksaan PMR. Abang aku didatangi idea yang tak pernah aku jangkakan. Nak tahu apa? Dia cakap dekat aku, dia nak beli drumset dan share 50/50 duit untuk membelinya. Masa tu poket aku agak teballah hasil tinggalkan parents aku sbb diorang pergi haji time tu. Selepas difikirkan beberapa kali, akhirnya perabot baru muncul didalam rumah. Asalnya nak beli yang set besar tu punya, yang macam dekat studio tu, sebab harganya taklah jauh bezanya, cuma 1-2rat je. Akhir sekali angkat yang set mini je sebab kalau beli yang besar tu, bunyi dia agak kuat, nantikan jiran sebelah merungut, malah dengan saiznya agak besar, takda space untuk letak menatang tu. Baru sekarang semua ada bilik masing-masing, besar pulak tu, rasa menyesal ada jugak tak angkat yang besar punya drumset tu. Haha.

Walaupun set mini, kalau untuk belajar bagi beginner macam aku tak salahpun dan tak perlu malu. Sebabnya besar atau kecik sama je, dua-dua ada bass, dua-dua ada cymbals, yang bezanya cuma bunyinya padu atau tak je.

Sekarang umur aku dah nak masuk alam remaja, kalau sekolah menengah tu awal remaja, ni remaja betol dah. One step more to be a Man. Haha. Aku rasa drum tak ngam dengan aku, jadi aku mengambil keputusan untuk belajar dan bermain gitar. Dari situ, aku telah membeli gitar pertama dalam hidup aku :)

Gitar pertama aku ala-ala begitulah. Beli gitar secondhand je. Brand Santa Cruz. Dulu abang aku pun ada gitar Santa Cruz jugak, tapi dia bawak lari pergi Melaka. Damn. Haha. Okaylah bagi beginner macam aku. Setakat lagu Cinta Muka Buku tu alahai okay je kalau nak suruh main. Haha. Kalau sumbang tu faham-fahamlah. Sekarang ni aku tengah belajar chromatic, nak kasi jari jemari aku lebih terbukak. Yelah, kalau korang perasankan, guitarist semua tu semua jari diorang agak luas berbanding orang yang bukan bermain gitar. Perasan tak? Yelah. Aku nak tekan key c#m pom susah. Papepun, practise make perfectkan.

Paan Bunkface, AG Coco, dan Wing Meng LMB.

Gambar atas ni antara 3 guitarist kat Malaysia ni yang menjadi idola aku. Apa yang mengagumkan aku skill diorang main gitar especially AG Coco. Sekarang ni dia sessionist untuk band Hujan. Cara dia main gitar memang macam legendlah. Superb. Tak kurang Paan dan jugak Meng. Meng ni aku tertarik dengan cara dia main gitar selepas aku tengok dia live X-gig Xfm. Sangat power dengan Gibson SGnya. *LMB-Love Me Butch

Konklusinya, insyaAllah aku akan berjaya memahirkan diri aku dengan gitar dan berjinak-jinak dengan muzik ni. Kalau mahukan sesuatu, pasangkan azam dan minat, disertakan usaha. InsyaAllah kita akan meraih apa yang kita inginkan dan idamkan.





No comments:

Post a Comment