KAWAN. Suka dan duka sentiasa berada disisi untuk mendengar keluhan hati kita. Sometimes friends can make us successful, and sometimes friends can make us a failure. But alhamdulillah, so far, semua kawan sekeliling aku semua bagus-bagus dan mempunyai masa depan yang cerah tak kira dalam apa jua bidang.
Perkenalan kami belum setahun jagung, but for a few dah cukup jagung masak. And for the rest of them, like i said, belum setahun jagung lagi, tapi hubungan kami ibaratkan dah cukup masak dengan perangai masing-masing. So nice to having them around me.
From the right side, that guy named Faiz. Aku kenal kenal dia since zaman hingusan lagi. Aku tengok kau punya, kau tengok aku punya. Kira zaman belum akil baligh lagilah. After a few years separate, at last kitorang bertemu jua. Friendships never end bratha! Dia tersangat aktif dalam sukan squash. Gila bukan setakat tersangat, tapi gila bapak aktif siot. Asyik away pergi tournament je."Kau kat mana wei?","Aku kat KL ni, ada tournament.", "Next week free?", "Next week ada tournament." Kan? Biarlah dialog aku pakai rembat je, yang penting apa yang aku cuba sampaikan korang dapat. Kan? Kenapalah zaman persekolahan aku dulu tak sarat dengan aktiviti sukan. Haih.
Beside him tu akulah wei. Skip to the girl who is holding the phones, her named is Rabiatul, cantikkan nama dia? Macam nama zaman nabi-nabi dahulu kala, Rabiatul Adawiyah, perindu cinta illahi. Seorang wanita sufi yang terkenal dalam sejarah islam. Pss psss, nak tahu tak, her attitude is so childish. Haha. But its a good things isnt? Tak fun la if semua bersikap serius je, perlulah someone to havoc the scene.
Sebelum aku menggali cerita lebih dalam pasal mereka semua, theres something korang taktahu pasal persahabatan kitorang. Bak kata Rabiatul, "Kelainan dalam persahabatan.". Kitorang mengelarkan kitorang ni sebagai adik-beradik, ada kaklong, ada abanglong, kakngah, adikcu, abg ih, dan kak huma. Untuk abg ih tu, semestinya ahli sukan kita. Hewhew. Untuk adikcu, shes the one who is holding the phone! Hewhew again. Dan abglong semestinya aku. Hoihoi. Perasan nak jadi abg bila lagi. For more, lets continue digging my story.
The girl behind Rabiatul, Tengku Saliha Rahima. Dia ni kaklong. Actually aku bagi dia kakchik je. Hihi. Tahu-tahu birthday dia awal lagi pada aku douhh. Sekarang terpaksa berkongsi title "Long" dengan dia. Aduyai. Dia pun nak jugak jadi kakak sulung. Sibuk je! Haha. Apa yang aku tahu, dia ni pretty much good in the kitchen. Boleh dibuat bini nih. Pss! Takyah nak perasaan sangat ya. Tolonglah! Haha. Tengok je air muka dia nih, dia ni jenis yang "Happy go lucky girl". Macam hidup dia sarat dengan kegembiraan je, takyah nak runsing dengan apa-apa. #Mcd Mcchicken ya? Haha.
Go for the next person, thats is Syamim atau lebih dikenali dengan Amim. Ni kakngah kalau nak tahu. Dia juga orang sekampung dengan aku. Apehal selama ni aku tinggal dekat sini tak pernah tahu pom. Damn. Haha. Tengok rauk wajahnya seperti dia ni seorang yang pendiam je, tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya ya! Dalam diam pun pandai buat orang bergelak ketawa.
Zoom in sebelah Amim pulak, tu Dayah, tak banyak yang aku tahu pasal dia ni. Such a mysterious person, jeng jeng jeng! Takdelah. Haha. Gambar atas tu last pertemuan kitorang. Sebelum ni pernah sekali jumpa. Yang aku tahu, dia tu perempuan. Fullstop! Kehkeh.
Yang paling kanan sekali yang berkaca mata tu, tu Humairah ataupun lebih femes dengan Huma je. Dia seorang lagi kawan aku since zaman belum akil baligh lagi. Haha. Dia ni macam seorang yang jenis "Happy go lucky" jugak. Tersangat periang orangnya. Mampu menghavockan suasana der. Sekarang ni dia tengah addict to baking cakes, learning how to cooks. Wahhh! Bagus bagus! Nanti bolehlah aku tumpang merasa ya. Haha.
Tu lah, sedar tak sedar masa cepat berlalu. Tskk tskk. Tak lama nanti kami semua akan mengejar cita-cita masing-masing. Rindu rasanya nak berpisah dengan mereka semua ni. Bila pulak dapat berkumpul macam gambar diatas pun taktahu, lebih-lebih lagi ada yang bakal fly to overseas. Tapi biasalah, dalam kehidupan pasti ada perpisahan. Bak kata Rabiatul, "kalau kita ikhlas berkawan, insyaAllah persahabatan kita tidak akan putus." Harapnya begitulah. Lagi-lagi banyak masa kitorang dah habiskan bersama dalam cuti selepas zaman persekolahan ni.
Apa-apapun, aku doakan semua kawan-kawan aku berjaya dalam hidup mereka. Berjaya didunia dan akhirat jua. Sekaya manapun harta kita didunia, kalau harta untuk akhirat tak banyak takda gunanya jugak. Biar tak kaya harta, tapi kaya dengan iman didada. Bila dah pergi belajar nanti, janganlah lupakan aku ya! Nanti balik kampung tu, roger-rogerlah kita berkumpul balik! Selamat berjaya dalam menempuhi kehidupan baharu di tempat orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak!
"Friends are the most importants ingredient in this recipe of life."
-Dior Yamasaki

No comments:
Post a Comment