Dunia arus permodenan


Cam icon-icon atas ni? Semua tu femes dan menjadi satu kewajiban seseorang tu memiliki semua atas tu. Tak ketinggalan gua jugak. Seingat gua, zaman kegemilangan diorang sekitar 2007-2009. Atau lebih awal rasanya? Sebab masa tu gua baru je sign up untuk semua menatang tu. Masa tu, kalau mengorat awek, mesti menggunakan jalan alternatif. Tak payah susah-susah nak tegur dekat mall, kedai makan, tepi jalan mahupun belakang rumah korang. Kalau awek tu tak layan, dapat malu je. Mungkin tak ketinggalan gua jugak. Kehkeh.

Masih gua ingat, melalui rangkaian Friendsterlah gua dapat ketemu sorang awek ni. Terus jadi bestfriend gua. Powerkan ayat gua pakai time tu? Kehkeh. Dan seterusnya, Myspace diperkenalkan. Myspace gua tak berapa layan sangat sebab page dia sangat padat dan ambik masa untuk loading dek terlalu penuh dengan sampah. Melalui Myspace jugak gua diperkenalkan kepada Online-Shopping. Advance bukan? 

Friendster sudah, Myspace sudah, tiba masa Yahoo Messenger cuba mencuri tumpuan gua. Dulu, akaun YM gua sarat dengan pelbagai jenis contacts. Bangga siot. Tidur jam 2-3pagi hari persekolahan semata-mata layan menatang smiley kuning tu. Bangang! Mulalah Bahasa Arab dapat 12/100 setiap kali exam. Pffff.

Tahun demi tahun dah berlalu, dari 2007 ke 2009, 2009 ke 2012. Sekarang gua dah nak masuk 18 tahun, dan selepas ni, gua nak tengok cerita orang dewasa. Jangan halang gua, kan ni makan dia! 

Apabila tahun semakin bertambah, dunia pun dah bertambah maju. Maka timbullah pelbagai jenis laman web sosial. Kenal icon-icon dibawah? Tulah pembaharuan yang berlaku. Semua guna tema warna biru. Sakai! Gua pantang biru babe. Pffff. Nescaya, reader-reader belog gua ni mesti ada semua dibawah ni, takpun salah satu. Atau ketiga-tiga sekali. Psss psss psss, add gua dan follow gua ya. Kehkeh. 

                                         

Dengan kesemua laman web sosial yang ada, pelbagai pihak mengambil kesempatan keatasnya seperti menjual barangan dan produk, mewujudkan satu organisasi, menyebarkan berita semasa dan sebagainya. Tipukan kalau korang tak jumpa semua tu. Percaya atau tidak, laman web sosial jugak boleh jadi tempat cari jodoh. Hehe. Gua taktahu la siapa, tapi gua pernah dengar cerita, ada orang kawin, diorang jumpa dekat Facebook je. Caiya la bang. Takpe, dah tertulis jodoh dekat situ, bagaimana dan macamana diorang ketemu tu urusan Allah.

Pernahkah korang terfikir, bagaimana life korang tanpa semua laman web sosial yang gua nyatakan diatas? Apa korang sedang buat sekarang tanpa laman web sosial? Bagaimana korang lalui kehidupan korang seharian?

Walaupun dunia kita dah maju, janganlah kita menyalahgunakan teknologi dan segala kemudahan yang ada. Sekarang ni belambak lalang-lalang dan kutu-kutu busuk yang banyak menyalahgunakan semua ni. Bangang teramat sangat. Ingat, teknologi mampu menyesatkan kita tanpa kita sedari. Jadi, berpada-pada mengunakannya. Dan guna kearah kebaikan.

Sekarang jugak banyak kes-kes jenayah melibatkan laman web sosial. Baru-baru ni, kes rogol yang berlaku, ada pihak yang menyalahkan facebook. Pffff. Facebook punca berlakunya rogol? Betol ke?

No comments:

Post a Comment