Haram woi!


Gambar tu diambik 1 tahun lepas bang. Masa tu gua taktahu pun brand menatang tu haram. Jilaka bukan? Tapi ramai jugak yang pergikan. Tempat lepak budak-budak ataupun golongan berduit. Bagi gua, gua layan kedai pelayan aje, pekena tea o beng satu pun dah gempak habis. Alah, biasala bang, golongan sederhana macam kitorang, tu je yang mampu. kehkeh.

Kalau nak bercerita mengenai makanan ni, rakyat Malaysialah yang mempunyai rekod penyakit yang agak tinggi. Punca? Walhal! Dari makananlah bang. Macam-macam ada dekat Malaysia sekarang ni, Mcdonalds, KFC, Domino's Pizza, dan sekutu dengannya. Tau atau tidak, semua tu berasal dari negara barat wahai kutu sekalian woi!


Yang mengherankan, negara diorang, rekod penyakit tidaklah sebanyak yang dimiliki oleh Malaysia, kan? Biarlah pada asalnya semua jenis makanan tu berasal daripada sana, tapi mereka mengamalkan gaya hidup sihat bang. Pencuci mulut pun diorang makan sayur ditambah dengan mayonis, kita pulak amerika boh! Snek! Kek! Burger! Ada duit sikit, pekena double mcchicken deluxe!

Pada masa yang sama, timbullah pelbagai pihak cuba ambik kesempatan dek masyarakat kita yang kaya dengan penyakit. Macam-macam produk timbul, nak jaga kesihatan konon. Gua pernah kena menatang ni sekali. Haprak! Gua layan awek meja sebelah lagi bagus daripada dengar bebelan mamat-mamat yang jual dan sebar produk haprak macam tu berela-ela panjangnya.

Akhir kata daripada gua, beringat lebih baik pada mencegah. Semasa ada kudrat ni, jagalah kesihatan woi! Jangan sesal kemudian hari.

p/s: Tutti Frutti tu halal atau tidak?


No comments:

Post a Comment