Ni orang mahu

Sangat gempak bila lecture kata kelas dibatalkan. Berhujung minggu 4 hari. Pffff.

Buncit atau gemuk?

Dinner jam 11 malam, boleh dikatakan dinner lagi atau supper? Ke 2 dalam 1? Member gua cakap budak-budak ipt sebab tu gemuk sebab makan lewat malam. Dahlah pekena nasi berlauk. Nasib baik aku amalkan gaya hidup ni. Target aku 60kg untuk tahun ni. Mampukah aku?

Tegur elok-eloklah!

Senyum pun tak, cara panggil pun kurang ajar! Gampang kau gampang kau!

So far so good

Lebih dua minggu rasanya dan agakkan aku. Rindu rasanya dekat kampung halaman..

B.E.B.A.S

Mentang-mentang berjauhan dengan family, rasa bebas sangat nak buat apa saja mereka mahu. Gampang. Takda kesedaran langsung. Duit sapa kau habiskan? Family kau jugak. Bebas apa kalau masih menggunakan duit mak bapak korang heh.

Budi bahasa budaya kita

Baguslah sangat bahasa remaja sekarang macam gampang. Sikit pun tak berlapik. Alhamdulillah aku dilahirkan sebagai penduduk negeri Kelantan. Hey at least kami punya adat, rasa malu dan menjaga pencakapan kami!

Apa kata..

Kebanyakkan artis sekarang semua dah bertaubat. Yang perempuan bertudung dan bagi yang lelaki dah menghadirkan diri di ceramah-ceramah agama. Aku orang biasa takkan takboleh nak berbuat seperti artis-artis kita sekarang ni.

Wanita seluruh dunia

Wahai wanita, wanita yang berada diseluruh dunia. Stop. Entry aku kali ini mengisahkan tentang seorang kaum Hawa. Entry aku yg pertama berbau romantis. Kehkeh. Pertama kali aku tengok dia, mungkin ini cinta pandang pertama. Tapi sayang. Faham-faham sendiri.  Alangkah bertuahnya kalau aku mampu memiliki wanita seperti dia..

Tak macam wanita lain, hanya sesetengah, diorang memerlukan perhatian sepanjang masa, perlu melayan karenah mereka sepanjang masa, belanja tu belanja ni, dan sebagainya.

Kesimpulannya, aku tak suka punya perasaan seperti ini, tolong pergi main jauh-jauh. Kau beruntung kawan punya teman seperti itu dong. Aku harap, aku bakal bertemu insan seperti dirinya suatu hari nanti. InsyaAllah.