Selamat Petang


Setelah sekian lama melangkah keluar dari dunia blogger, sekarang gua dah kembali dan ilmu penuh didada dan harapan tinggi menggunung. Tak usah dan perlu tanya apa harapan gua kerana gua sendiri tak tahu apa harapan gua.

Apa cerita gua sebelum ni? Takda apa sebenarnya pun yang ada pada gua ataupun gua pernah buat. Semenjak dua menjak ni selepas gua tamat sesi persekolahan gua, pss, gua spm tahun lepas, aktiviti gua makan, tidur, ngandap facebook, ngandap youtube. Dulu pernahlah cuba untuk bekerja, cari pengalaman baru konon, hampeh! Satu pun takda untuk gua. Apa macam.



Bila dah satu pun kerja takda untuk gua, gua surrenderlah. Gua teruskan hidup gua macam seorang penggangur berjaya. Kawan-kawan semua bangun pagi pergi kerja, malam baru balik, tapi bukan pada gua. Gua pagi masih atas katillah, malam online memanjang. Bila dah lama gua biasakan hidup macam tu, ada pulak call masuk.


"Assalamualaikum, ni syapik ko?"
"Ya sayo bang. Bakpo tu?"
"Gini, haritu demo ado mintok kijo nge kawe key? Demo nok lagi dok? Sbb ado kerjo kosong ni."
"Eerr, takpo la bang. Toksei doh."


Begitulah ceritanya. Masa mencari, tiada. Masa menari, ada. Agak-agak bila gua habis diploma, habis degree nanti, begitukah perjalanan hidup gua? Orang mari cari gua untuk tawarkan gua kerja? Gilaaa siut.

Ni gua nak tamatkan cerita gua sebagai entry pertama belog gua ni. Gua nak pergi mandi, menyantap makanan sebab gua lapar, gua pun dah mengantuk dan gua nak layan katil gua. Ok geng.

Dari sana kemari si Ah Tang,

Selamat petang semua.
Belakang rumah ada perigi,
Gua pergi dulu.









No comments:

Post a Comment